Generated image
'Asyraff'/

kedai gunting





Iklan memainkan peranan dalam sesebuah perniagaan tapi kalau tak pandai buat iklan macam ini lah jadinya.Ni salah satu iklan yang buat orang kelantan gelak sakan.Orang negeri lain tak tahu la macam mana kan?hehe Pele, jika dalam loghat kelantan, bermaksud, pelir/ konek (Aku bukan niat nak menghina nama sesiapa pun). Dalam kamus, zakar. So, kedai Gunting Pele, maksudnya, anda tahu jawapannya..

Berhati hati bila membuat Iklan. Iklan = $$$$

lawak politik ngn kanak2

Seorang murid sekolah rendah mendapat kerja rumah dari gurunya untuk menerangkan erti "politik". Kerana belum memahaminya, ia kemudian bertanya kepada ayahnya apa erti "politik" itu.Ayahnya mahukan anaknya dapat berfikir secara kreatif memberikan penjelasan, "Baiklah nak, ayah akan cuba menjelaskan dengan contoh, ayahmu adalah orang yang bekerja untuk menanggung keluarga, jadi kita sebut ayah adalah Investor. Ibumu adalah pengatur kewangan, jadi kita menyebutnya Pemerintah. Kami di sini memperhatikan keperluan mu, jadi kita anggap kamu sebagai Rakyat. Orang gaji, kita memasukkan dia ke dalam Kelas Pekerja. Dan adikmu yang masih bayi, kita anggapnya sebagai Masa Depan. Sekarang, fikirkan hal itu dan kita lihat apakah penjelasan ayah ini boleh kamu fahami".Si anak, kemudian pergi ke tempat tidur sambil memikirkan apa yang dikatakan ayahnya. Pada tengah malam, anak itu terbangun kerana mendengar adiknya menangis. Ia melihat bahawa adiknya kencing di tilam. Si anak lalu menuju ke bilik tidur orang tuanya dan mendapati ibunya sedang tidur nyenyak. Karena tidak ingin membangunkannya, ia pergi ke bilik orang gaji. Pintu terkunci, ia mengintai melalui lubang kunci dan melihat ayahnya berada di tempat tidur bersama orang gajinya. Akhirnya ia kecewa dan kembali ke tempat tidur, sambil berkata dalam hati bahawa ia sudah mengerti erti "politik".Pagi harinya, sebelum berangkat ke sekolah, ia mengerjakan tugas yang diberikan oleh gurunya dan menulis pada buku tugasnya sebagai berikut : "olitik adalah hal dimana para Investor meniduri Kelas Pekerja, Pemerintah tertidur lelap, Rakyat diabaikan dan Masa Depan berada dalam keadaan yang menyedihkan".

Proton MPV...








gambo ni aku ambik kat website paultan...untuk maklumat lanjut sila layari:

http://paultan.org/topics/proton-mpv-2009/

tangan x bley bengkok ke yang buat gtu tu...



teknik menghilangkan bau ketiak....huahua!!

Sh Amani Botak, Tuntutan lakonan bukan alasan





mendedahkan rambut tu da berdosa...tobat la..ni kan pula brupa cam laki...

(gadai islam = masuk neraka)



KLANG: Tindakan pelakon filem Muallaf, Sharifah Amani Syed Zainal Rashid yang sanggup membotakkan kepala demi filem itu, tidak seharusnya dibanggakan.


Ini kerana, tindakan itu hukumnya haram di sisi Islam kerana menyamai lelaki dan pada masa sama, ia boleh memberi kesan buruk kepada wanita Islam.

Exco Hal Ehwal Agama dan Mesra Rakyat Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil, berkata tindakan Sharifah Amani itu tidak wajar dilakukan kerana walaupun untuk memenuhi tuntutan lakonan, ia bertentangan dengan perlakuan wanita Islam sebenar.

“Semua tindakan yang tidak bersesuaian atau bertentangan dengan ajaran Islam tidak sepatutnya dibanggakan walaupun sekadar mahu memenuhi tuntutan watak dalam filem.

“Saya tidak layak dan tidak boleh menghukumnya, tetapi saya bimbang perlakuan ini akan menjadi ikutan wanita Islam lain,” katanya selepas merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas peringkat negeri di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Klang Utama, di sini, semalam.

Menurut Rahman, yang haram tetap haram dan perkara itu tidak boleh dikompromi atau bertolak ansur.

Dalam masa sama, beliau turut meminta pelakon lain berhati-hati selain sentiasa mengambil berat pelbagai faktor, terutama membabitkan agama bagi mengelakkan berlaku perkara tidak diingini.

“Jangan jadikan tuntutan lakonan atau apa saja sebagai alasan untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan agama. Tidak kira artis atau sesiapapun, kita perlu tegas jika ia membabitkan hal agama,” katanya.

Kelmarin, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyis Abdul Majid, dipetik berkata artis beragama Islam tidak sepatutnya membelakangkan hukum agama selain merendahkan diri sendiri dengan melakukan perkara bertentangan dengan agama semata-mata untuk popular.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Idris pula mengingatkan artis beragama Islam supaya tidak terpengaruh dengan artis Barat yang sanggup mengorbankan agama semata-mata mahu menjadi popular dan dikenali ramai.

Lawak pendek

Lawak 1
Satu hari seorang jutawan melawat ke Taman Bahagia, Tg. Rambutan.
Jutawan: Sayalah Jutawan... ... .Apa kabar
Pesakit mental: Ello encik, jangan cakap itu macam... ..dulu saya cakap itu macam, sekarang tengok, saya sini jugak duduk...
Jutawan:???

Lawak 2
Seekor itik melakukan magic menghilangkan sebatang kayu kepada seekor cicak. Apabila selesai menghilangkan kayu itu, cicak pun menepuk tangannya kerana gembira tetapi tiba-tiba si cicak menangis!! Kenapa cicak menangis?? Sebab tangan cicak tu melekat !!!

Lawak 3

Seorang penerbit filem mahu menerbitkan sebuah filem yang paling canggih dalam dunia, dan dalam filem itu ada adegan pertempuran yang paling hebat pernah diadakan.

Penerbit : saya akan menggunakan dua pasukan tentera setiap satu mempunyai 25 ribu tentera.
Pengarah : kalau 2 pasukan mejadi 50 ribu, bagaimana kita mahu membayar mereka?
Penerbit : ini lah yang saya telah rancangkan, kita gunakan peluru hidup!

anak vip mana plak ni?







Anak sapa la yer..? Malas nak cakap..lu orang fikir la sendrik!

Beginilah akibatnya kalau dah mewah, agama tolak tepi. Enjoy sakan nampak? Arak dah macam air mineral jer . Untung ya jadi anak VIP, dapat awek cun melecun.

Siapa mamat ni? Dia adalah seorang anak VIP yang bertaraf Menteri!! Harap mamat yang biasa senang ni bertaubatlah. Trend politik di Malaysia, bapa ahli politik, anak pun ahli politik yang sekaligus dapat sokongan mudah. Esok nanti nak join politik pasti gambar ni jadi isu hangat!

marilah bantu palestine

Erra belajar kelas skrip


Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) menganjurkan kursus penulisan skrip baru-baru ini. Nampaknya kelas tersebut turut diminati oleh pelakon popular antaranya Erra Fazira, Sofia Jane dan Vanidah Imran.

Erra yang kini sedang sarat mengandung tak reti duduk diam. Daripada dia duduk di rumah menghabiskan masa lebih baik dipenuhi dengan aktiviti yang boleh memangkin kerjayanya sebagai pelakon.

Mungkin dalam kepala mereka ada banyak cerita yang boleh dijadikan skrip filem yang baik. Tunggulan Erra, Sofia atau Vanidah berlakon watak yang diilhamkan oleh mereka sendiri.

Selama ini mereka melakonkan watak yanag dicipta oleh penulis lain. Apabila ada kepandaian sendiri, mereka boleh menulis watak yang ingin dibawakan. Pasti lakonan mereka lebih berkesan kerana watak yang dibawakan itu ilham sendiri. Tunggulah nanti ya.

Cara pintal umpan


CARA memasukkan umpan pada mata kail ada kalanya memainkan peranan untuk memastikan umpan tidak mudah terlucut dibawa arus ataupun tidak mudah terkeluar apabila diragut mangsa.

Oleh itu, cara memasukkan umpan juga perlu dilakukan dengan teknik yang sesuai termasuk memintal seperti bahagian sotong yang dipotong ataupun cacing, ruat, perumpun sarang ataupun ulat lundu.

Teknik susun umpan


TEKNIK memasang umpan juga penting untuk menarik perhatian ikan. Ini kerana cara menyusun serta meletakkan umpan turut diambil kira supaya mangsa lebih cepat memakan umpan.

Menghimpunkan jumlah umpan yang banyak terutama cacing pada mata kail antara teknik yang boleh digunakan ketika memancing air tawar untuk memikat penghuni sungai ataupun tasik. Cacing adalah antara umpan paling berkesan untuk kebanyakan ikan air tawar. Ia mungkin digunakan seekor atau beberapa ekor sekali gus seperti gambar rajah berikut.

Merah Lawit dikerat lima



Giant seekor ikan merah hampir 10kg dinaikkan ke bot. “Macam menarik anak seladang,”

Suara Keras di Israel Akui Kegagalan Agresi di Gaza (laporan)




Shalit dan senjata .. Kegagalan besar
Jenderal Giora Eiland, mantan ketua "Dewan Keamanan Nasional" di Israel mengisyaratkan kegagalan tentara Israel dalam mencegah penyelundupan senjata dan membebaskan tentara Israel Gilad Shalit. Israel hanya berhasil dalam mencapai tenang untuk jangka waktu tertentu.
Sebelum Eiland mengkhiri kalimatnya kelompok perlawanan Palestina melakukan aksi meledakkan 3 kendaraan Israel yang melakukan patroli daerah sekitar pos "Kissufim" Israel dan membunuh seorang petugas dan melukai enam lainnya.
Pencarian terhadap bukti keberhasilan bukti kegagalan

Abby & Zul@Zoulle





Kita digemparkan dengan penceraian artis kita baru-baru ini,Abby & Norman.Memang kita semua kesian akan Abby,tetapi kenapa Abby menunjukkan diri dia bersama Zul.WQalaupun Abby memberitahu dia dan Zul cuma sebagai kawan,sepatutnya beliau perlu lebih berhati-hati kerana orang ramai simpati padanya.Jangan suatu hari nanti,orang ramai akan menyesal kerana bersimpati pada beliau dahulu.Nanti orang ramai akan samakan Abby dengan Norman.Apabila sudah menjadi ibu tunggal,dia perlu menjaga segala-galanya,kerana bukan senang hidup untuk memenagang 'title' mak janda,mudah mengundang fitnah walaupun kita tidak seburuk yang disangkakan.

asyraff sinclair honeymoon!!sonoknye dia!!



Gerbang Perkahwinan? nak x?jom2!!

ni cite aku post..membe aku bag...selamat membaca la k...enjoy this blog..


Salam...
Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...
pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?
guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.
pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.
guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?
pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.
gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...
dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?
guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.
pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.
maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?
pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...
maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan..............
Kesimpulannya... janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Kalau dah dapat yang rasa macam ok jer tu.. rembat je cepat..
Lepas tu, cepat-cepat kumpul duit kahwin dan langsungkan perkahwinan..Kalu tak cukup duit nak buat kahwin, jangan risau, boleh gi website
http://www.maskahwin.com/index.php?ref=iflupInsyallah, dapat membantu.Bye!
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 eduboster |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.