Generated image
'Asyraff'/

pasangan vateran yang romantik

ader pasangan yang dah berumur, kira dah tua la... anak2 semuer dah besar2॥masuk universiti..kata orang tinggal berdua jer la.. honeymoon hehehehe... Satu malam tu... dok la pasangan nie tadi menonton tv... । dok syok tengok tv... tup ..tup ..si suami nie kata la kat isteri dia... ."Mah,mah... .. " kata si suami..."Ya bang," lembut jer jawab siisteri..."anak2 semua dah besar... semua dah tak duduk ngan kita, kan Mah?""Kenaper plak, bang. abang rindu kat diorang plak ker?""Tak der la Mah, " ujar si suami"Dah tu... kenaper plak bang?".. isteri menanya. .heran gak... kot..."Tak ... abang teringat maser kita muda2 dulu... . mah suka gigit telinga abang, kan...""Cuba Mah gigit skit..abang nak raser..lamer dah Mah tak buat camtu... "Mendengar saja kata2 si suami tu tadi... maka berlari la si isterinya tadi kedlm bilik... ."Mah..kenaper Mah?" "Mah tak sayang abang ker Mah?" soal si suami... si isteri didalam bilik tadi tak menjawab... agak lama lepas tu.. si suami memanggil" Mah... ooo..Mah.. dah la tu.. jangan la merajuk... meh la kita tengok tv nie... tak per la..Mah tak nak gigit pun tak per la... keluar la Mah, Mah marah ker Mah?" si suami risau takut menyinggung perasaan isteri kesayangannyer itu..."Tak bang, Mah tak marah"..jawab si isteri dari dlm bilik..." Dah tu, kenaper Mah dok dlm bilik tu..Meh la kita tengok tv nie... " kata si suami..Jeng..jeng... jeng... nak tau aper kata si isteri... ... ... ... ?
"Mah tengah cari gigi palsu, bang!"hahaha

pisang

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya। Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari। Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci।Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci."Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa."Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk."Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci.Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati॥ Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 eduboster |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.